Terma dan Syarat

Apabila anda membuat tempahan dari pihak kami, anda dianggap telah membaca dan setuju dengan terma dan syarat yang tersedia di sini. Pastikan anda memahami setiap terma dan syarat sebelum menghubungi kami untuk membuat tempahan.

  1. Deposit untuk lock tarikh adalah antara RM100-RM300, bergantung pada berapa hari tarikh booking anda dan apakah perkhidmatan yang ingin anda dapatkan daripada kami.
    Bayaran penuh akan kami request pada hari majlis, selepas selesai majlis dan siap proses “shooting”. Sebarang bayaran adalah dinasihatkan dan lebih diutamakan melalui Bank Transfer / Online Transfer.
  2. Sebarang editing (gambar dan video) hanya akan dimulakan selepas bayaran penuh diterima. Sebarang gambar / video hanya akan diberikan kepada klien setelah bayaran penuh diterima.
  3. Kebiasaaannya kami tidak menerima sebarang “permintaan” untuk shoot atau edit seperti mana mana videographer/photographer lain. Jika anda menyukai hasil kerja photographer/videographer tersebut, kami sarankan anda menyokong hasil kerja mereka dan ambil mereka sebagai photographer/videographer anda.
  4. Kami tidak menerima permintaan untuk mengubah cara/gaya editing/shooting untuk mengikut cara jurugambar/juruvideo lain. Apa yang anda lihat di Instagram kami, itu adalah hasil kerja kami dan cara kami merakamkan pernikahan anda.
  5. Pakej kami, adalah pada kadar harga yang mampu milik, berbeza dari sesetengah videographer lain yang mengenakan caj yang jauh lebih tinggi dari kami.
  6. Kami menawarkan sesi “revision” atau “perubahan” selepas video telah siap editing sebanyak 1 kali. Jika terdapat sebarang permintaan lebih daripada 1 kami, kami mengenakan caj sebanyak RM350 untuk sebarang perubahan pada video anda, dan akan mengambil masa 2-4 minggu untuk selesai. 

    Sebagai contoh, anda ingin menukar klip tertentu dengan klip tertentu yang lain (seperti contoh, anda ingin tukar klip kawan anda dan ingin masukkan lebih banyak klip video keluarga anda)

  7. Proses Tempoh Siap (gambar dan video) :
    • Gambar – Proses editing gambar akan mengambil masa sekitar 2-4 minggu dari tarikh majlis (selepas bayaran diterima). Setelah proses editing selesai, kami akan berikan kepada anda design album anda. Jika tiada sebarang perubahan yang ingin dilakukan pada design tersebut, kami akan hantar album anda untuk printing.

      Manakala proses printing kebiasaannya mengambil masa 14 hari bekerja.

    • Video – Dalam masa 1-2 miggu bekerja selepas majlis, kami akan share kepada anda terlebih dahulu video draft pertama anda.
      Untuk video penuh (nikah @ sanding), kebiasannya akan mengambil masa 2-6 minggu. Setelah siap editing, kami akan share kepada anda melalui google drive. Video tersebut juga akan kami masukkan kedalam pendrive (jika pakej anda termasuk pendrive) dan berikan kepada anda setelah semuanya siap diproses.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat booking, anda boleh menghubungi kami dengan menekan link whatsapp button di bawah.

Terima kasih dan #staysafe everyone!