Hujung minggu lepas dapat la lepas geram lepas hampir setahun tak keluar berjalan. Lama juga plan trip ni. Dalam 2-3 jam. Plan lama sangat kang tak jadi pula. Kali ni kitorang berjalan-jalan ke Kuala Selangor nak pergi ke kawasan ada pantai dan laut. Yela, sorang asal tepi tasik, seorang tepi laut. Antara tempat best yang boleh lawat di Kuala Selangor ni nama dia Sky Mirror. Apa tu Sky Mirror?

Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor. Tapi lokasi dia bukanlah dekat dengan darat tau. Sky Mirror di Kuala Selangor ini diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia dan merupakan tarikan pelancong di Kuala Selangor. Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Pulau di tengah-tengah laut yang muncul di pagi hari dan hilang sehabisnya senja.
Fenomena Sky Mirror ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 8.30 – 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor. Bot biasanya bertolak pukul 7 pagi dan sampai di ‘pulau’ Sky Mirror ni pukul 7.30 pagi. Air laut masih lagi paras peha masa tu. Pukul 8.30 hingga pukul 9.00 pagi barulah air surut dan tenang. Tour guide kami akan setup tempat ambil gambar, nak bagi air mengalir cantik macam cermin. Jika boleh pastikan anda datang waktu yang cuacanya tak mendung supaya matahari dapat pantul balik cahaya lantai air.

Kepada anda yang nak datang melihat dan ambil gambar di Sky Mirror ni, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak susah nak cari di kawasan pantai seperti ini. Betul-betul tengah laut ‘pantai’ ni . Habis waktu senja air akan naik balik menutupi ‘pantai’ ini.
Kadar harga bagi seorang dewasa untuk pergi ke Sky Mirror ialah Rm80, kanak-kanak RM60, dewasa bukan Malaysia RM120, kanak-kanak RM100. Kami pergi guna pakej dari website https://skymirrortour.com/. Satu sebab ambil pakej untuk tengok Blue Tear (plankton biru waktu malam) dan Firefly (tengok kelip-kelip di muara sungai Kuala Selangor).
Antara pose korang boleh cuba di Sky Mirror