Pelaburan Untuk ‘Newbie’ – Apa Yang Terbaik? Kenapa Perlu Melabur?

Total Website Visits: 3477

Cuba fikir sekejap, apa pelaburan yang terbaik dan boleh dipercayai di Malaysia sekarang ini? Kalau ikut objektif saya la, saya suka pelaburan dalam masa yang singkat iaitu dalam 2-3 tahun nak withdraw duit savings saya dalam pelaburan itu.

Anda yang sudah lama melabur , boleh tolong nyatakan dan kepentingan pelaburan itu kepada orang muda macam saya ni?

Alhamdulillah tahun 2020ni ramai anak muda lagi-lagi rakan sebaya saya sudah fikir mengenai masa hadapan. Ya, apabila anak muda sudah memikirkan mengenai pelaburan bermaksud anda sudah berfikir kepentingan melakukan sesuatu hari ini untuk kesenangan pada masa hadapan.

Soalan saya:

  • Pelaburan terbaik dan dipercayai di Malaysia?
  • Apakah pelaburan yang boleh dalam masa singkat?
  • Kenapa pentingnya melabur.

Pertama sekali, pelaburan terbaik adalah bergantung kepada objektif individu tersebut. Sebelum melabur, seseorang perlu tahu profil risiko pelaburan masing-masing.

Apa itu profil risiko? Contohnya. Sebelum doktor bagi ubat kepada pesakit, doktor kena diagnosis  ataupun buat konsultansi dahulu, bukan? Begitu juga dengan pelaburan. Ini yang ramai tidak ambil peduli. Ramai yang ambil jalan pintas dan ikut selera pelaburan orang lain yang sudah berjaya. Mungkin mereka berjaya setelah menjumpai formula yang sebenarnya.

Pelaburan X bagus untuk individu A. Pelaburan X mungkin tidak bagus untuk individu B. Senang faham, pelaburan orang selalu kenal, Amanah Saham Bumiputera, itu pelaburan bagus. Ini pelaburan bagus untuk En. Abu, tetapi mungkin pelaburan terbaik untuk En. Ali. Jadi soalan itu sebenarnya terlalu besar untuk dijawab.b Pelaburan yang dipercayai adalah pelaburan yang sah di sisi undang-undang. Ciri-ciri lain pelaburan itu mempunyai badan selia atau telah diluluskan oleh entiti bertanggungjawab.

Bestnya di Malaysia ni, segala pelaburan dari kecil hingga besar, mestilah melalui badan seperti Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commissioner, SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Setiap pelaburan yang sah mesti ada prospektus iaitu umpama katalog yang menerangkan ciri-ciri pelaburan itu. Pelaburan yang sah sahaja mempunyai prospektus yang diluluskan oleh kedua-dua badan, iaitu SC & BNM. Tanpa prospektus, tak perlulah melabur. Bahaya! Kesemua ini boleh telefon atau rujuk kepada SC & BNM sama ada melalui email atau telefon.

Nak beli kereta pun, kita akan ‘usha-usha’ katalog dulu kan, takkan pelaburan tak ada ‘black white’.

 

Jawapan soalan pertama=bergantung kepada profil risiko individu dan dipercayai, perlu mendapat pengesahan daripada entiti seperti SC atau BNM.

 

Soalan kedua, jawapannya ada.

Ingin mengatakan pelaburan adalah satu perjalanan yang mempunyai permulaan dan penamat.

Investment is journey. Have a point of start & point of exit.

Pelaburan umpama kita berjalan menggunakan Google Map.

Hari ini kita memilih kenderaan dahulu. Di rumah ada kereta dan motor. Hari nak hujan, pilihlah kereta berbanding motor.

Sekarang kita ‘on’ Google Map. Pertama sekali kita masukkan nama tempat yang dituju. Selepas itu ada pilihan jalan. Ada jalan yang bengkok-bengkok. Ada jalan ‘short cut’ tetapi gelap dalam hutan. Ada jalan jauh tetapi selamat, cuma kena bayar tol. Yang bezakan setiap jalan ini adalah masa.

Begitu juga dengan pelaburan.

Sebelum melabur, kita memilih ‘kenderaan’ terlebih dahulu atau di sini merujuk kepada instrumen pelaburan. Ada kenderaan yang berisiko tinggi, contohnya motor. Kenderaan selamat, mungkin kereta. Kereta pula ada jenis laju dan selesa. Perbezaan kenderaan ini adalah tentang risiko pelaburan.

Pelaburan yang mempunyai risiko rendah adalah seperti Fixed Deposit. Pelaburan berisiko sederhana, boleh jadi pelaburan unit amanah. Popular, adalah Amanah Saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (ASB1, ASB2, ASN, AS1M dan lain-lain).

Manakala pelaburan berisiko tinggi, boleh jadi pelaburan saham samada pasaran tempatan (Bursa Malaysia) atau luar negara (Dow Jones, NASDAQ dll.)

Orang selalu guna, ‘high risk, high reward’. Pelaburan saham yang berisiko tinggi, boleh jadi -50% dan boleh untung sehingga 1000%. Pelaburan amanah saham, boleh seteruk 30% dan boleh senyum apabila untung 20%. Bergantung kepada pergerakan pasaran dan risiko yang diambil.

Senang cerita, pelaburan berisiko boleh memberi peratus keuntungan besar (dan sebaliknya). Kereta laju dan selesa, ini merujuk kepada peratus keuntungan. Lagi besar untung, lagi lajulah.

Pelaburan mestilah ada permulaan (entry) dan penamat (exit point). Pelaburan bermula pada hari ini. Persoalan yang selalu tidak dijawab oleh pelabur muda adalah:

‘Bila nak berhenti melabur dan menikmati keuntungan pelaburan?’

Oleh itu, pelaburan mestilah ada matlamat. Apa matlamat melabur? Nak untung berapa? Apa permulaan modal yang ada? Anda melabur RM10,000, nak untung berapa? RM200 sahaja? 5%? Sekali ganda? Ini semua ada. Barulah boleh pilih jenis pelaburan.

Oleh sebab itu, pelaburan mempunyai pelan matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Sekali lagi, kesemua ini mempunyai risiko pelaburan. Ini adalah pemilihan ‘jalan-jalan’ dalam Waze tadi.

  • Pelaburan FD (fixed deposit), risiko rendah. Untung pun rendah dalam 2-4%. Ini sesuai untuk jangka masa 1-3 tahun.
  • Pelaburan Unit Amanah, risiko sederhana. Untung pun sederhana 5-10%. Ini sesuai untuk 3-5 tahun.
  • Pelaburan Saham, risiko tinggi. Untung pun tinggi. Ini boleh untung dalam masa singkat dan masa panjang. Ini memerlukan ilmu dan pengalaman yang sangat tinggi. Persoalannya, sanggup ke?

Ini adalah mantra dan pegangan setiap pelabur yang bijak. Kenali risiko, horizon masa, mempunyai matlamat dan analisa terlebih dahulu. Jangan melabur ikut kawan.

Ikutkan, tiada pelaburan yang berisiko rendah (selamat) atau tiada risiko langsung tetapi menawarkan keuntungan gila-gila. Di luar sana, ramai gunakan ayat ini untuk menarik orang ramai melabur, akhirnya pelaburan itu rupanya skim cepat kaya. Tergadai hasil titik peluh selama ini.

Pelaburan terbaik dalam dunia pun, dalam sekitar 35%. Inipun selepas mempunyai analisa tim terbaik. Kecoh satu dunia. Takkan pelaburan biasa-biasa tanpa risiko, bagi 30% tak masuk suratkhabar atau TV? Pesan saya, berhati-hati.

Soalan ketiga. Ya, melabur itu penting.

Dalam kewangan peribadi seorang Muslim, ada tujuh langkah untuk jadi Muslim yang bijak urus wang (muamalat).

  1. Pertama adalah mengumpul kewangan, dengan bekerja samada part time atau full time. Berniaga adalah digalakkan.
  2. Kedua adalah mengurus kewangan, dengan jaga perbelanjaan. Jangan berbelanja luar kemampuan.
  3. Ketiga adalah melindungi kewangan. Sekurang-kurangnya ada Takaful untuk hari-hari tidak bernasib baik dalam hidup.
  4. Keempat adalah menggandakan kewangan. Ini dikenali sebagai ‘pelaburan’.

(yang kelima hingga ketujuh, biasanya untuk individu yang lebih sofistikated)

Pelaburan adalah proses untuk menggandakan wang daripada RM1 jadi RM1.50. Daripada RM1000 di tangan jadi RM1500. Kenapa kena melabur? Sebab ada inflasi.

Inflasi menyebabkan nilai RM1000 hari ini tidak sama nilainya pada 20 tahun akan datang. Melabur untuk memastikan duit dalam akaun kita sentiasa bernilai lebih daripada sepatutnya.

Tips Untuk Pelabur Muda

  • Mulakan melabur di tempat berisiko rendah dan memberi keuntungan sederhana.
  • Untungnya di Malaysia, ada tempat pelaburan yang dijamin kerajaan. Contoh, Amanah Saham Bumiputera (6-7% setahun). Tiada caj dikenakan.
  • Kalau nak masuk Unit Amanah swasta, ini bagus. Tetapi ini memerlukan ilmu. Perlu diingatkan, mempunyai caj tinggi sekitar 2-5%. Melabur RM100, dah hilang RM5. Melabur hanya RM95.
  • Jangan melabur tempat yang ragu-ragu. Periksa dan tanya samada disahkan oleh BNM atau SC. Mempunyai prospektus yang sah atau tidak.
  • Belajar kenali risiko pelaburan. Risiko pelaburan boleh direndahkan dengan mempunyai ilmu pelaburan. Makin tahu, makin faham, makin kurang berisiko.

Ha sebelum saya lupa. Hanya laburkan duit lebihan bukan duit simpanan untuk kurangkan risiko.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram

Topik lain anda mungkin berminat

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.

Hai saya Kamal. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Financial Planning

Nak Menyimpan Tapi Gaji Tak Cukup?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nak simpan tapi gaji tak cukup. Dah tu nak buat macam mana? Macam mana nak menyimpan dalam untuk masa depan? Langkah …

Baca Lagi →

Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
WhatsApp Saya😊