Financial Planning

Nak Menyimpan Tapi Gaji Tak Cukup?

Total Website Visits: 3447

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nak simpan tapi gaji tak cukup. Dah tu nak buat macam mana? Macam mana nak menyimpan dalam untuk masa depan?

Langkah Pertama: Kenali Dulu Di Mana Anda Berbelanja

Ya. Lihat secara teliti, dimanakah anda berbelanja. Di sini saya boleh bagi contoh.

  • Perbelanjaan Sewa Rumah
  • Bil Air & Elektrik
  • Kereta
  • Petrol & Tol
  • Keperluan Dapur
  • Makan di Luar
  • Hiburan
  • Pakaian
  • Pendidikan

Setiap kali berbelanja buat catatan. Dari sini baru kita tahu mana tempat yang banyak kita berbelanja. Sebelum ini kita main agak-agak sahaja. Itu tidak tepat. Dalam kewangan, awal-awal ini kena teliti. Contoh paling senang nak buat pengiraan kos pembelanjaan adalah dengan mencatat pembelanjaan dalam Google Sheet. Habis aktiviti seharian buka Google Sheet dan update pembelanjaan harian.

Monii-Expenses Tracking App

Langkah Kedua: Kurangkan Belanja Yang Boleh Dikurangkan!

Selepas kita sudah mengetahui apa yang banyak dibelanjakan, apa lagi, kurangkanlah!

Jobstreet Malaysia telah menjalankan tinjauan pada tahun 2015, mengatakan di mana rakyat Malayaia akan membuat pengurangan belanja untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Kalau anda pula yang menambah perbelanjaan, itu agak pelik.

Menurut kajian mereka, ada beberapa cara rakyat Malaysia mengurangkan perbelanjaan. Antaranya:

  • 56% akan mengurangkan keluar makan dengan rakan sekerja pada waktu tengah hari.
  • 47% mengatakan membawa bekal boleh menjimatkan perbelanjaan.
  • 36% mengatakan menggunakan kemudahan tempat makan di pejabat lebih kerap.
  • 13% mula menggunakan perkhidmatan awam sebagai jalan mengurang perbelanjaan.

Secara kasarnya, ramai berpendapat mengurangkan perbelanjaanmakan di luar boleh mengurangkan jumlah perbelanjaan. Mungkin langkah ini anda perlu fikirkan nanti.

Nota Tambahan: Anggaran belanja makan tengahari di luar adalah RM15 sehari. Purata belanja sebulan adalah Rm375. Setahun adalah RM4500. Sekiranya anda cuba membawa bekal dari rumah, mungkin kosnya hanya sekitar RM5, sebulan RM125 dan setahun RM1500.

Langkah Ke-tiga: Bina Tabiat Simpan Dahulu Sebelum Berbelanja

Sebaik sahaja dapat gaji, tolak sedikit duit untuk simpanan dahulu. Simpanan ini adalah amat penting untuk waktu kecemasan. Amalkan tabiat simpan sebelum berbelanja, anda pasti dapat mencapai matlamat simpanan anda.

Langkah Ke-empat: Simpan Duit Bonus

Setiap kali anda menerima wang lebihan seperti wang bonus atau hadiah tunai, masukkanya ke dalam akaun simpanan serta merta. Jika anda mendapat kenaikan gaji, kekalkan cara hidup anda sekarang dan masukkan lebihan gaji anda ke dalam akaun simpanan.

Sumber: AKPK Official

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram

Topik lain anda mungkin berminat

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.

Hai saya Kamal. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Kewangan

Buat Perancangan Kewangan Seawal Mungkin

“Mal, bagaimana nak rancang kewangan dengan baik?” Ini soalan yang kerap ditanya oleh kawan saya yang mahu susun kewangan. Jawapannya adalah susun kewangan. Bagaimana nak …

Baca Lagi →

Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
WhatsApp Saya😊