Pengenalan Google My Business (GMB) Platform Marketing Online.
![]() |

Cara Membuat dan Mendaftar Akaun Google My Business.
Macam mana nak setup Google My Business? Tak susah pun nak setup. Jom buat sekali. Anda boleh daftar GMB di sini: https://www.google.com/business/
kemudian click je “Manage now” dan follow step by step. Pastikan anda sudah mempunyai akaun gmail.
1) Masukkan nama perniagaan anda. Contohnya ‘Restoran Nasi Kandar Gombak’
![]() |
Sekiranya bisnes anda belum muncul di carian, tekan ‘Add Your Business To Google.
2) Masukkan kategori syarikat anda . Pastikan kategori anda adalah kategori yang betul. Contohnya jika anda membuat bisnes makanan, anda boleh pilih ‘Food & Beverage’
![]() |
3) Isikan lokasi dan alamat perniagaan anda dengan betul dan tepat. Ini penting kerana pihak Google akan hantar 6 kod ke alamat anda untuk proses pengesahan bisnes anda. Jika tidak dimasukkan, pihak google tidak dapat verify atau mengesahkan alamat perniagaan anda.
![]() |
![]() |
4) Kalau alamat anda tidak ditemui oleh Google, maka klik Set Marker Location dan pilih lokasi anda dengan tepat. Gerakkan marker (petanda) ke alamat anda.
![]() |
5) Sekiranya anda memilih Option ‘Sending Goods To Customer’ maka masukkan poskod atau radius lokasi penghantaran.
![]() |
6) Seterusnya tekan ‘I am authorized to manage this business and I agree to the Terms of Service’ dan tekan ‘Continue’.
![]() |
7) Seterusnya Google akan meminta pengesahan untuk menghantar Kod Verifikasi menerusi Pos. Biasanya proses ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk sampai ke alamat yang anda daftar tadi.
8) Selepas itu anda hanya perlu kemas kini Google Page anda. Isi maklumat-maklumat penting sahaja seperti no telefon, alamat website dan gambar berkaitan bisnes anda seperti gambar kedai, menu dan gambar pasukan. Ingat fungsi ini adalah memudahkan pelanggan mencari anda.
9) Apabila anda telah mendapat surat dari Google, anda masuk kembali ke business.google.com dan masuk ke page anda. Seterusnya klik Verify Now.
![]() |
One Comment
Terbaik!👍🏼