“Mal, bagaimana nak rancang kewangan dengan baik?”
Ini soalan yang kerap ditanya oleh kawan saya yang mahu susun kewangan. Jawapannya adalah susun kewangan. Bagaimana nak susun kewangan?
Mudah, buat senarai belanjawan atau bajet kewangan.
Bajet Kewangan Peribadi
Bajet kewangan peribadi kedengaran mudah untuk dibuat. Hakikatnya, nak buat pada awal-awal, konsisten itu agak sukar. Saya akui sendiri. Tapi setelah menelaah pelbagai majalah, buku-buku dan artikel-artikel kewangan, mempunyai bajet kewangan amat penting sebagai kesinambungan pertama dalam aturan perancangan kewangan peribadi.
Macam mana nak buat perancangan kewangan?
Ada banyak cara nak buat listkan kewangan. Ada pakai apps, ada pakai software. Saya lebih suka pakai Google Sheets. Mudah akses, boleh diubahbalik ikut formula yang saya nak.
Contoh Perancangan Kewangan (bukan saya punya)
Pertama sekali, senaraikan segala pendapatan yang bakal diterima. Kemudian, senaraikan juga perbelanjaan yang bakal dilakukan. Bab duit belanja ni agak sukar.
Kalau mahu lebih tepat, bahagikan perbelanjaan kepada tiga jenis.
- Perbelanjaan Tetap – contoh seperti pembayaran komitmen kereta, rumah, insuran / takaful. Apa sahaja yang wajib dibayar dan amaun yang tetap.
- Perbelanjaan Berubah – contoh seperti bil elektrik dan bil air. Semakin kerap digunakan semakin bertambah. Jadi kalau mahu jimat, sudah tahu, janganlah pasang air-cond setiap malam.
- Perbelanjaan Kemahuan – contoh, belanja lepak dengan kawan-kawan, tengok wayang. Hiburan juga penting dalam kehidupan. Akan tetapi, perlu ingat. Kita perlu ada had yang perlu ditetapkan.
Buatlah bajet kewangan secara harian, bulanan, setiap 3 bulan atau setiap tahun. Bila kita ada bajet, kita tahu berapa had yang boleh dibelanjakan oleh diri kita. Saya buat perancangan kewangan selepas ditegur oleh bakal isteri. Lepas jadi isteri mungkin jadi lebih matang dalam kewangan. Nak susun kewangan bukanlah benda sukar, tapi perkara ini kenalah konsisten untuk efek jangka masa panjang.