Asas Facebook Ads

ASAS LANGKAH CARA BUAT FB ADS (Julai 2021)

Facebook adalah media sosial untuk orang bersosial, ingat keyword ini. Bersosial. Tips untuk membuat iklan di Facebook atau Instagram adalah membuatkan iklan anda itu sebati dengan post-post orang lain. Nak mula belajar facebook ads? Saya nak share beberapa langkah penting untuk anda mulakan beriklan di Facebook. Jom buat sama-sama buat.

Langkah #1: Pergi ke FB page anda, klik ‘Manage Ads’. Bagi yang belum ada FB page boleh ikut tutorial Cara Buat FB Page Facebook di bawah.


Cara-cara untuk buat FB Page

  • 1) LOG IN PERSONAL FACEBOOK  anda
  • 2) CREATE FANPAGE Taip ‘create a page’ pada kotak di atas.. Pilih kategori dan namakan fanpage anda.
  • 3) UPDATE CONTENT Renovate sikit ‘kedai’ anda tu. Update timeline cover, profile picture dan details perniagaan anda. Supaya nampak lebih professional dan serius dalam perniagaan anda.
  • 4) UPDATE POST Update beberapa post dalam fanpage anda sekurang-kurangnya 5-7 post sekaligus sebelum mula beriklan.  Anda juga boleh post menggunakan video ataupun share link video tersebut.

 

Langkah #2: Klik butang ‘Create’ untuk buat iklan Fb Ads.

Instagram Ads: A Step-by Step Guide to Running Your Own Ad Campaign

 


Langkah #3: Untuk buat iklan melalui Ads Manager anda boleh gunakan ‘ads creation tool’ sebagai panduan untuk buat iklan ke Facebook, Instagram, Messenger atau Audience Network.

Ada 2 cara untuk buat iklan Fb di Ads Manager:
1.  Yang pertama. ‘Guided creation’ : Jika melalui pilihan ini, anda akan diajar langkah step by step sampai kempen iklan anda siap. (Pilih cara ini jika anda masih baru dalam Facebook FB Ads.)

How to Leverage the Facebook Ads Manager: A Guide for Starters

2. ‘Quick creation’ : Jika guna pilihan ini, anda boleh buat kempen iklan, buat ad sets dan setkan sebarang ad kemudian nanti. – Pilih cara ini jika anda sudah biasa dan berkemahiran buat FB Ads sebelum ini. Tidak menjadi masalah menggunakan mana-mana cara sekalipun. Tujuan akhirnya tetap sama, iaitu untuk buat iklan Fb Ads. Dalam kes ini, saya memilih ‘Select Quick Creation’. Jika anda tidak ada pengalaman sekalipun boleh saja ikut langkah demi langkah ini. Bila sudah biasa praktikkan cara ini anda akan mahir buat FB Ads dengan sendirinya.

facebook-ads-manager-quick-creation - Jon Loomer Digital


Langkah 4: Isikan nama kempen apa yang hendak anda namakan. Nama kempen yang anda letak ini sebagai panduan dan rujukan saja. Anda boleh rename atau tukar semula nama ini kemudian nanti.

Facebook Time-Saving Tips: Nine Ideas | Agorapulse


Langkah 5: Sebelum buat iklan FB Ads anda perlu tahu jenis kempen apakah yang hendak dilakukan.

11 Types of Facebook Ad Campaign Types to Increase ROI from FB Ads

  • Jika nak video anda di tengok oleh ramai orang boleh pilih ‘Video Views’ dan sebagainya.
  • Jika nak tingkatkan like di page boleh pilih ‘Page Likes’
  • Jika nak video anda di tengok oleh ramai orang boleh pilih ‘Video Views’ dan sebagainya.
  • Jika nak bayar trafik ke website atau ke WhatsApp anda, boleh pilih ‘Traffic’.
  • Jika ada pasang pixel di website yang ingin optimizekan untuk Conversion seperti Purchase, pilih Conversion.

Untuk kebiasaannya kita nak buat iklan untuk tarik trafik supaya menghubungi kita atau ke laman web kita untuk ketahui maklumat lanjut tentang pakej yang kita tawarkan

 

Langkah 6: Di bahagian ‘Ad Set’, isikan berapakah bajet anda di ruangan ‘Daily budget’. Sebagai permulaan, saya dicadangkan untuk setiap kempen, bajet di peruntukan untuk sehari ialah RM10 atau kurang dari RM30.

Jika iklan anda berkesan, nilai ini boleh di tingkatkan di kemudian hari. Bergantung kepada situasi. Kenapa saya cadangkan nilai serendah RM15 dahulu setiap kempen untuk fasa split testing? Seandai anda ada RM100, pecahkan RM100 atau RM150 untuk membuat 10 atau 15 kempen. Apabila sudah jumpa kempen mana yang menang (sudah berjaya dapat sales secara konsisten), barulah anda fokuskan bajet iklan anda untuk kempen tersebut .Yela kalau RM100 untuk 1 kempen ni agak berisiko. Dah la iklan masih baru, tak tahu lagi berkesan dapat sambutan atau tidak, tup-tup habis duit kena telan dan hangus begitu saja. Lagi satu sebab ialah bajet RM10 yang di tetapkan hanya untuk satu ads set saja. Jika anda ada 3 ads set dalam setiap kempen, bajet harian anda sudah menjadi 3 x RM10 = RM30. Bagi ad sets pula, jumlah maksima yang di cadangkan tidak melebihi dari 3 ad sets untuk setiap kempen. Kalau nak buat banyak ad sets adalah lebih baik buat kempen baru. Contohnya, jika nak buat 10 ad sets, anda boleh run FB ads untuk 2 kempen serentak. Dari sini secara tidak langsung telah berlaku satu kempen di namakan ‘split test’. Katakan kempen pertama sebagai kempen A dan kempen kedua sebagai B. Anda boleh run kempen ini secara serentak untuk tengok kempen manakah yang lebih berkesan. Jika dalam masa yang sama kempen A kurang mendapat sambutan, anda boleh terus hentikan kempen tersebut dan sebaliknya. Bila kedua-duanya masih juga tak berkesan, adalah lebih baik buat kempen yang baru.

image.png


Langkah 7: Isikan bilakah tarikh kempen akan di mulakan dan akan berakhir. Anda juga boleh abaikan ruangan ini sekiranya anda bercadang untuk pakai daily budget. Anda juga boleh setkan end date untuk tamatkan kempen tersebut pada tarikh yang ditetapkan

image.png

 

Langkah 8: Pilih lokasi ‘Malaysia’ dan letak umur yang anda sasarkan. Tips di sini, pastikan anda memilih ‘Living in Malaysia’ sekiranya anda ingin tumpukan audiens orang Malaysia sahaja. Saya letak umur antara 25-45 tahun di mana umur ini antara paling aktif bersosial di laman Facebook serta kuasa membelinya juga agak besar. Jika produk anda untuk kaum lelaki, pilih jantina ‘Men’ dan sebaliknya klik ‘Women’ untuk perempuan.

image.png

 

Langkah 9: Pilih tempat di mana iklan anda akan muncul. Untuk setting ini boleh gunakan ‘Automatic placements’ atau ‘Manual placements’.

Bagi pilihan automatik, Facebook akan blast iklan yang di buat kepada paparan audiens yang relevan berdasarkan bajet anda. Jika manual pula, anda boleh pilih ke tempat manakah yang di rasakan sesuai untuk anda blast iklan tersebut. Dalam kes ini saya pilih secara manual untuk lebih spesifikkan targeted audiens iklan ini.

Setelah pilih platfom yang hendak di gunakan, iklan tersebut boleh di spesifikan lagi di manakah iklan itu akan muncul. Target audiens akan lebih kecil dan fokus ke ruangan tertentu saja. Boleh jadi di ruangan ‘Feeds’, ‘Stories’, ‘In-stream, ‘Search’, ‘Messages’, ‘In-article’ ataupun ‘Apps and sites’. Bagi iklan bergambar, ruangan paparan ‘Feeds’ adalah lebih sesuai. Untuk iklan bervideo pula adalah lebih baik pilih kategori ‘In-stream’. Memandangkan iklan kali ini ialah iklan bergambar, pilih ruangan ‘Facebook News Feed’ untuk teruskan cara buat FB ads secara berkesan

image.png

 

 

Langkah 10: Setelah semua langkah ini di setkan, pastikan ‘Potential reach’ atau saiz audience anda sesuai.

Mengikut pengalam, jumlah antara 500 ribu hingga 1 juta orang antara targeted audiens yang relevan. Bila potential reach terlampau besar, iklan menjadi tidak targeted dan kurang berkesan. Potential reach audiens ini boleh di kurangkan dengan beberapa cara.

image.png

  • 1. Lokasi: Pada setting lokasi di awal-awal tadi, setelah pilih negara Malaysia, anda boleh kurangkan audiens dengan ‘exclude’ negeri mengikut target audience anda. Secara amnya, audiens ini bukanlah audiens yang berkualiti yang di inginkan. Kebanyakkan mereka akan engage dengan post secara suka-suka dan memberi kesan dari segi kos iklan serta close sales nanti. Anda juga boleh ‘include’ kepada lokasi negeri atau daerah yang bersesuaian.
  • 2. Detailed targeting: Pada ruangan ini anda boleh kecilkan skop audiens anda dengan meletakkan sebarang interest berkaitan. Sebagai contoh jika anda jual tudung atau aksesori wanita, anda boleh letakkan interest kepada page ‘Siti Nurhaliza’, ‘Neelofa’ dan seumpamanya. Dengan cara ini, potential reach menjadi kurang dan lebih targeted. Mesti ada yang tertanya-tanya di mana nak cari setting ini, kan? Anda boleh pergi ke ruangan setting umur dan jantina tadi, setting ‘Detailed targeting’ ini betul-betul di bawahnya.
  • 3. Languages: Secara default, majoriti pengguna Facebook menggunakan paparan page dalam bahasa English (UK/US). Untuk mengecilkan skop targeted audiens, anda boleh spesifikkan kepada pengguna yang menggunakan bahasa Malay &English (All) di Facebook saja.
  • 4. Connections: Di bahagian bawah setting ‘languages’ dapat di lihat setting ‘connections’. Anda boleh gunakan setting ini untuk mengecilkan lagi saiz audiens. Tapi, untuk permulaan di syorkan abaikan saja setting ini. Ini kerana kesannya keatas iklan yang dibuat sangatlah minima.

 

Langkah 11: Di bahagian ‘Ads’, pilih page Facebook & Instagram, masukkan copywriting &  media (gambar/video) untuk iklan anda

Kebiasaannya saya akan menggunakan copywriting teknik P.E.S.T.A iaitu Problem, Exegerate, Solution, Testimony & Action. Ada macam-macam lagi cara menulis copywriting di luar sana. Untuk media pula anda boleh split test sama ada gambar poster ataupun menggunakan video. Saya personally suka menggunakan video sekiranya ada.

image.png

Setelah semuanya selesai dan berpuashati, klik butang hijau ‘Publish’ di sebelah kanan bawah untuk anda publishkan iklan FB Ads.

Langkah 13: Setelah anda publish iklan tadi, iklan yang di buat akan di submit kepada pihak Facebook untuk proses review.

Untuk check sama ada iklan itu lulus atau tidak, klik 3 garisan ‘Ads Manager’ di sebelah kiri atas sekali. Kemudian, klik ‘Ads Manager’.

image.png

 

Langkah 14: Jika iklan Fb ads sudah di luluskan oleh pihak Facebook, status warna hijau ‘Active’ dapat di lihat atau ‘In-review’ jika masih belum di luluskan.

  • Sebaliknya, jika status warna merah dengan tulisan ‘not approved’ dipaparkan, ia menunjukkan iklan anda bermasalah. Biasanya iklan bermasalah tidak akan diluluskan dan FB akan memberi notifikasi kenapa ianya berlaku sebagai rujukan. Kemungkinan faktor-faktor seperti post yang tidak sesuai atau menjual barang larangan seperti di dalam terma dan syarat Facebook menjadi penyebab.

Itu sahaja untuk post kali ni. Saya akan share lagi cara membuat iklan di Facebook dengan lagi details di post yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram

Topik lain anda mungkin berminat

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.

Hai saya Kamal. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Cara Setup Step by Step Google My Business (GMB) untuk perniagaan anda

    Pengenalan Google My Business (GMB) Platform Marketing Online.   Download app GMB di Google Playstore di sini, dan Apple Store di sini  Musim PKP …

Baca Lagi →

Apa Itu Takaful?

Pengenalan Sebelum anda membuat pemilihan pelan insurans buat diri dan keluarga, anda haruslah faham konsep takaful dengan jelas agar ia dapat memberi perlindungan yang terbaik …

Baca Lagi →

Pelaburan Untuk ‘Newbie’ – Apa Yang Terbaik? Kenapa Perlu Melabur?

Cuba fikir sekejap, apa pelaburan yang terbaik dan boleh dipercayai di Malaysia sekarang ini? Kalau ikut objektif saya la, saya suka pelaburan dalam masa yang …

Baca Lagi →
Kewangan

Buat Perancangan Kewangan Seawal Mungkin

“Mal, bagaimana nak rancang kewangan dengan baik?” Ini soalan yang kerap ditanya oleh kawan saya yang mahu susun kewangan. Jawapannya adalah susun kewangan. Bagaimana nak …

Baca Lagi →
Financial Planning

Nak Menyimpan Tapi Gaji Tak Cukup?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nak simpan tapi gaji tak cukup. Dah tu nak buat macam mana? Macam mana nak menyimpan dalam untuk masa depan? Langkah …

Baca Lagi →

Bina Bisnes Online Anda Sekarang

Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram