Asal Usul Nama Jepun

Asal Usul Nama Jepun?

Asal-usul orang Jepun telah menjadi tanda tanya bagi tempoh yang agak lama. Terdapat teori bukti yang mengatakan bahawa populasi Jepun berasal dari China, manakala sesetengah pakar berpendapat ia berasal dari Korea.

Jepun ataupun bahasa Jepun Nippon/Nihon ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang membentuk segugusan kepulauan. 4 pulau utama dari Jepun ialah Hokkaido, Honshu (pulau utama), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Permukaan geographi pulau di Jepun adalah bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi dorman. Jumlah penduduk Jepun ialah 128 juta orang, menjadikan Jepun negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Ibu negara Jepun ialah Tokyo, berstatus metropolitan diduduki lebih 30 juta orang.

‘Nip-pon’ atau kanjinya 日本 bermaksud (日、Matahari)dan (本、buku/asal)bermaksud Land of the Rising Sun atau Negara Matahari terbit. Kenapa kita panggil Jepun/Japan bukan Nippon?Ada banyak teori disebalik sebutan ini. Ada yang mengatakan sebutan ini datang dari Malaysia iaitu ‘Jih-pun’. Ada yang mengatakan sebutan tersebut berasal daripada dialek China Selatan. Anda rasa sebutan Jepun ni datang dari mana?

Istilah Nippon dan Nihon sama-sama bererti “negara matahari terbit”. Nama ini disebut dalam wakil Maharaja Jepun ke Kerajaan Sui di China, dan merujuk kepada kedudukan Jepun yang terletak di sebelah timur tanah besar China. Sebelum Jepun menjalin hubungan dengan China, negara ini dikenali sebagai Yamato (大和). Di China sewaktu zaman Tiga Kerajaan, Jepun dikenali sebagai negara Wa (倭) atau Wagoku (倭国).


Nama negara Jepun dalam bahasa Melayu lama ialah “Jepang” (kini diterapkan dalam bahasa Indonesia) yang dipinjam daripada suatu loghat bahasa Cina, lalu ditemui oleh para pedagang Portugis di Melaka pada abad ke-16. Oleh itu, dipercayai bahawa pedagang Portugis inilah yang memperkenalkan nama negara Jepun ke Eropah. Nama Jepun julung kali dicatatkan dalam bahasa Inggeris dieja Giapan dalam sepucuk surat bertarikh tahun 1565 ,nama Jepun dalam bahasa Inggeris kini dieja Japan. Nama Jepun dalam bahasa Melayu masa kini mungkin berasal daripada bahasa Hokkien, iaitu “Ji̍t-pún’. Ataupun ia dipanggil Japanese atau Japang dalam bahasa Indonesia.

Total Website Visits: 3492

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share artikel ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram

Topik lain anda mungkin berminat

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.

Hai saya Kamal. Hubungi saya dengan menekan butan WhatsApp di bawah

Topik lain anda mungkin berminat

Sony Walkman

Sony Walkman Ubah Musik Dunia

Korang kenal tak dua orang ni? Siapa yang minat barang Sony kena kenal pengasasnya. Pada tahun 1979 Sony meng Walkman TPS-L2, sebuah pemain musik mudahalih …

Baca Lagi →

Share

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
WhatsApp Saya😊